Mi FlipBuds Pro Adalah TWS Premium Terkini Xiaomi – Bakal Dilancarkan Pada 13 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Imbas kembali, Xiaomi sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran TWS baharu dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Namun begitu, maklumat mengenai kekal menjadi tanda tanya sehinggalah kini, Xiaomi berkongsinya secara terbuka menerusi beberapa poster acah di Weibo.

Melaluinya, Xiaomi kini mengesahkan bahawa TWS berkenaan akan dikenali sebagai Mi FlipBuds Pro dan acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 13 Mei ini. Mi FlipBuds Pro adalah TWS premium daripada Xiaomi yang padat dengan ciri hebat.

Menurut Xiaomi, ia akan dilengkapi fon telinga ini memfokuskan kepada pengalaman penggunaan yang baik dari segala aspek – termasuk kualiti bunyi, sokongan pembatalan bunyi dan teknologi yang mampu menjadikannya mencapai tahap kelas pertama dalam industri.

Mi FlipBuds Pro akan mempunyai pemandu audio bersaiz 11mm, kemampuan mengurangkan hingar sehingga 40dB untuk sokongan panggilan lebih baik dan sehingga tiga aras pengurangan hingar – termasuklah mod Transparency. Di samping itu, fon telinga ini juga akan dilengkapi mod carian khusus yang boleh dikawal menerusi telefon pintar – bertujuan memudahkan lagi carian fon telinga seandainya hilang atau tercicir.

Dari segi rekaan, ia menawarkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai dan pod pengecasan yang sedikit berlainan yang dihiasi logo Xiaomi baharu. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk penawaran lebih lanjut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami