Cari @ Amanz

Razer Blade 15 Advanced Diperkenalkan – Dikuasakan Cip Intel Tiger Lake-H, Pilihan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3000, Sistem Penyejukan Baru

Oleh Nazrin

Link Copied!

Dengan pengumuman mengenai cip pemprosesan Intel Tiger Lake-H semalam, pelbagai pembangun komputer riba tampak hadir dengan model-model komputer riba mereka sendiri yang dikuasakan dengan cip pemprosesan baru ini, bersama-sama dengan siri kad grafik NVIDIA Ampere yang sangat berkuasa.

Bermula dengan paparan, Razer Blade 15 Advanced hadir dengan tiga pilihan paparan bersaiz 15 inci, termasuklah resolusi Full HD dengan kadar segar semula 360Hz, resolusi QHD dengan kadar segar semula 240Hz ataupun resolusi 4K dengan ciri sesentuh terbina.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-11800H, memori DDR4 sehingga 32GB dan juga storan SSD NVMe sebesar 1TB, bergantung kepada model yang didapati. Untuk pilihan kad grafik, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan model yang dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 3060, NVIDIA GeForce RTX 3070 ataupun NVIDIA GeForce RTX 3080.

Apa yang lebih menarik mengenai Razer Blade 15 Advanced ini ialah sistem penyejukan baru yang digunakan, berbanding dengan model asas Blade 15. Untuk menyejukkan komponen-komponen baru ini, Razer menggunakan sistem vapor chamber berbanding dengan sistem paip haba yang digunakan sebelum ini.

Razer Blade 15 Advanced ini hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru seperti sokongan untuk WiFi6 dan juga Thunderbolt 4 yang diperkenalkan melalui CPU Intel Tiger Lake-U yang dilancarkan sebelum ini. Lebih menarik lagi, ia juga masih dimuatkan dengan sebuah pembaca kad SD yang boleh digunakan untuk menghantar data kepada komputer riba dengan lebih cepat dan cekap.

Pra-tempahan untuk Razer Blade 15 Advanced ini sudahpun dibuka untuk pasaran-pasaran terpilih, dan akan mual dijual secara rasmi pada 21 Jun kelak. Butiran lanjut mengenai Razer Blade 15 Advanced ini boleh dibaca di sini.


Komen ()