Apple Berhadapan Saman RM 8.7 Bilion Kerana Mengenakan Caj Berlebihan Di App Store

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu baharu dan satu lagi kes saman besar singgah ke pejabat Apple. Di United Kingdom sebuah saman kelompok (class action suit) ke atas Apple telah difailkan di Tribunal Rayuan Persaingan London kerana didakwa mengenakan caj berlebih ke atas pembelian pelanggan di United Kingdom menerusi App Store.

Ini adalah kerana potongan Apple mengambil potongan 30% atas setiap bayaran pembelian dalam aplikasi (IAP). Akibatnya kos tambahan ini ditanggung oleh pelanggan platform Apple kerana ini tidak berlaku di platform lain seperti Android misalnya. Sekiranya didapati bersalah, Apple berhadapan saman berjumlah £1.5 bilion (~RM 8.75 bilion) sebagai ganti rugi ke atas kesemua pembelian App Store di UK sejak 2015.

App Store

Dalam kenyataan yang diberikan Apple kepada Bloomberg, mereka mengatakan saman yang difailkan tidak mempunyai sebarang merit dan bersedia untuk membentangkan kes di mahkamah. Apple turut berkata 84% aplikasi di App Store tidak pernah mengenakan sebarang bayaran dan turut berkata potongan 15% kini diambil dari pembangun yang menjana pendapatan kurang $1 juta.

Saman kelompok ini difailkan hampir dua minggu selepas Suruhanjaya Eropah (EC) mendapati Apple melanggar undang-undang anti persaingan Eropah kerana mengambil potongan 30% ke atas setiap IPA di App Store. Apple kini disiasat dan diberikan masa 12 minggu untuk menjawab pertuduhan awal EC. Pada waktu yang sama perbicaraan kes Epic Games menentang Apple atas isu yang sama juga masih berlangsung di Amerika Syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami