Cari @ Amanz

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hari ini mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi akan menawarkan  kemudahan panggilan percuma sempena hari raya Aidilfitri.

Syarikat telekomunikasi yang menawarkan panggilan percuma ini adalah termasuk Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan juga YES.

Panggilan percuma ini ditawarkan ke semua rangkaian dalam negara bermula 10 malam 12 Mei 2021, sehingga 10 pagi 13 Mei 2021.

Penawaran ini disediakan selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing oleh setiap syarikat telekomunikasi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd