Ketahui Apa Itu Samsung Advantage – Keahlian Eksklusif Pelbagai Nilai

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap jenama pasti ada penawarannya yang tersendiri bagi memberi lebih nilai kepada pengguna. Salah satu penawaran baru dari Samsung adalah Samsung Advantage yang menambah pelbagai nilai dan faedah kepada pembeli peranti mereka.

Bagi peranti lain, mungkin jaminan dan alat ganti sahaja yang ditawarkan. Namun tidak untuk gergasi dari Korea ini. Samsung Advantage merupakan keahlian eksklusif yang menggabungkan pelbagai produk dan perkhidmatan sebelum dan selepas jualan yang menguntungkan pembeli peranti Samsung. Ia menawarkan perlindungan, faedah, kemudahan, sokongan malah turut membantu untuk anda membeli peranti terbaru Samsung, lebih awal dari yang lain.

Pelan Samsung Care+ – Perlindungan Sepanjang Masa

Semua tahu akan kualiti peranti Samsung yang sememangnya tahan lama dan memberi nilai pulangan wang dengan tempoh penggunaan peranti. Bagi menjamin pengalaman sebegini, Samsung Care+ menawarkan perlindungan yang berpanjangan yang hadir dalam pelbagai cara. 

Secara asasnya, apabila anda membeli peranti Samsung, anda layak untuk pembaikan pulih secara penuh untuk sebarang kerosakan pada telefon anda, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan. Lebih dari itu, anda juga layak untuk menerima pembaikan pulih ini berkali-kali, sehingga mencapai harga kos telefon tersebut. Ini bermaksud sekiranya paparan anda pecah, anda akan menerima gantian tanpa sebarang karenah. 

Bagi menambah lagi perlindungan untuk peranti anda, gantian Accidental Damage and Liquid Breakage turut ditawarkan. Ia memberikan perlindungan sekiranya terdapat sebarang kemalangan terhadap peranti, termasuklah perlindungan terhadap kemalangan berasaskan cecair. Sekiranya telefon anda terjatuh kedalam kolam renang dan rosak, dengan Samsung Care+, anda akan dilindungi. 

Jaminan Samsung Care+ bukanlah terhad untuk satu tahun sahaja. Pelan ini turut mencakupi tahun kedua, dimana perlindungan akan diberikan kepada peralatan mekanikal dan sebarang kecacatan elektronik Sekiranya Samsung tidak dapat membaikpulih peranti tersebut, anda akan mendapat peranti baharu. 

Akhir sekali berkenaan Samsung Care+ adalah, ia turut memudahkan pengguna untuk tidak perlu ke cawangan berhampiran. Pengguna boleh meminta Samsung untuk mendapatkan peranti yang rosak, dan Samsung akan menghantar peranti yang telah dibaikpulih kepada pengguna secara percuma. Tidak banyak jenama yang menawarkan perkhidmatan sebegini di pasaran tempatan.

Samsung Care+ ini menjamin alatan gantian yang tulen, dan perkhidmatan cekap dari pusat baikpulih rasmi dari Samsung. Anda boleh memilih Samsung Care+ mengikut peranti anda, dan juga memilih tempoh perlindungan. 

Memudahkan Untuk Bertukar Dengan Smart Switch & Program Galaxy On Boarding 

Bagi anda yang belum memiliki telefon pintar Samsung, ia sebenarnya sangat mudah untuk bertukar dari peranti lain dan menggunakan telefon Samsung. Menerusi aplikasi Smart Switch, pengguna dapat memindahkan data dari peranti lama ke peranti Samsung, tanpa tertinggal sebarang data. Fail penting, kalendar, buku alamat, tetapan WiFi, sejarah panggilan, gambar kegemaran, dan hampir kesemua data dapat dipindahkan dengan mudah. Ia seumpama berpindah rumah, dan barangan didalamnya masih seperti dahulu dan pemindahan data ini berlaku sama ada secara nirwayar atapun menggunakan kabel USB. 

Pemindahan data menggunakan Smart Switch ini bukan sahaja menyokong pemindahan data dari Android kepada telefon pintar Samsung Galaxy, ia juga menyokong pemindahan data dari iPhone kepada telefon pintar Samsung. Dengan 3 langkah sahaja, anda dapat berpindah dari dunia lama ke Galaxy baharu.

Berpindah dengan Smart Switch: Dari Android ke Galaxy Baharu
Berpindah dengan Smart Switch: Dari iPhone ke Galaxy Baharu

Sekiranya anda was-was untuk melakukan pindahan data ini, terdapat program Galaxy On Boarding yang memberikan bantuan pemindahan data secara perseorangan. Anda boleh ke kedai rasmi Samsung yang berhampiran dan membawa peranti lama anda, dimana terdapat pakar teknikal yang akan membantu anda melakukan pindahan data.

Dan diwaktu PKP ini dimana kita tidak boleh kemana-mana, Galaxy On Boarding turut membolehkan pakar teknikal tersebut hadir ke rumah anda dan membantu memindahkan data apabila anda membeli peranti Galaxy baharu secara atas talian.

Setelah memiliki peranti Galaxy yang baharu ini, anda boleh mengetahui fungsi-fungsi serta ciri-ciri tambahan peranti dengan menghadiri bengkel di kedai rasmi Samsung, atau mengikuti tutorial atas talian yang disediakan Samsung.

Faedah Berterusan Dengan Samsung MORE & Samsung Rewards Galore

Acapkali akan ada yang membandingkan mengenai harga peranti Samsung dengan jenama lain namun harus diingatkan, peranti Samsung menawarkan kualiti binaan yang lebih tinggi ditambah dengan pelbagai faedah. Jika kos pemilikan menjadi satu isu, Samsung turut menawarkan pembayaran ansuran yang tidak mengenakan sebarang faedah.

Anda boleh memiliki mana-mana peranti Samsung, dan membayar secara ansuran sehingga 24 bulan menggunakan kad kredit, tertakluk kepada kelayakan anda dan semak terma di kedai Samsung berhampiran. Ini merupakan salah satu cara yang memudahkan anda, disamping mengatur perbelanjaan anda bagi memiliki peranti impian anda. 

Jika anda berkira-kira untuk berpisah dengan peranti sedia ada, Samsung turut menawarkan program tukar beli dengan peranti anda. Menggunakan aplikasi InstaCash, anda hanya perlu memilih peranti Galaxy anda, mendapatkan Trade-in ID dan boleh membeli peranti Galaxy baharu dengan diskaun. Dan anda akan menerima pembayaran untuk peranti lama anda apabila peranti tersebut diambil dari Samsung.

Bantuan Sokongan 24 Jam 7 Hari Seminggu

Tiada siapa yang ingin beli peranti, kemudian dibiarkan jenama tersebut apabila memerlukan bantuan, ibarat habis madu sepah dibuang. Samsung menjamin bantuan sepanjang hari, sepanjang minggu dan apabila pengguna ada sebarang masalah, pasukan bantuan Samsung sedia berkhidmat.

Bagi pemilik peranti Galaxy Z, anda akan menerima Galaxy Z Premier Service. Untuk peranti Galaxy yang premium ini, terdapat pasukan khas yang sedia membantu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Apa sahaja permasalahan, atau memerlukan tutorial untuk fungsi-fungsi tertentu, yakinlah akan pasukan bantuan yang sedia berkhidmat dan masalah ini dapat diselesaikan dengan pantas tanpa perlu menunggu lama.

Galaxy Fold2

Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, terdapat juga pasukan sokongan khas yang boleh hadir sehingga ke pintu rumah bagi mengambil dan memulangkan semula peranti yang telah dibaikpulih. Di mana sahaja pengguna Galaxy Fold dan Galaxy Z Flip ada, pasukan Samsung akan hadir kepada anda. 

Sekiranya pembaikan-pulih ini memerlukan temujanji, pengguna Galaxy Z hanya perlu membuat temujanji dan temujanji tersebut tidak memerlukan waktu menunggu yang lama. Ini membolehkan pengguna premium ini tidak rasa terganggu apabila peranti mereka menghadapi masalah.

Pengguna yang menikmati Galaxy Z Premier Services boleh menghubungi bantuan sepanjang masa menerusi aplikasi Samsung Members, atau menghubungi 1900-88-7799

Sokongan ini tidaklah terhad untuk pengguna Galaxy Z Premier Services sahaja kerana untuk pengguna Galaxy yang lain, anda juga akan menerima sokongan bantuan 24 jam sehari 7 hari seminggu, dan sekiranya memerlukan panggilan, mereka boleh menghubungi 1800-22-8899. Apabila hadir ke pusat baik pulih rasmi Samsung Service Center, mereka juga boleh melakukan diagnosis percuma, termasuklah sebelum pembaikan-pulih dan selepas peranti dibaikpulih. 

Hubungi: Samsung Support

Beli Peranti Samsung Lebih Awal Dengan Samsung Sales

Akhir sekali faedah dengan Samsung Advantage adalah anda akan menjadi yang paling awal mendapatkan peranti dengan teknologi terkini dari Samsung. Ini adalah kerana bukan sahaja anda akan menerima emel promosi lebih awal, bahkan jika anda membeli sebarang peranti sebelum jam 11 pagi, anda akan menerima peranti tersebut pada hari yang sama.

Justeru anda tidak perlu beratur pergi ke kedai, atau anda perlu berebut membeli di kedai atas talian. Anda boleh melakukan pembelian saat akhir, dan menerimanya pada hari yang sama. Jika anda ingin mengejutkan yang tersayang dengan peranti idaman mereka, peranti in juga akan hadir dalam pembungkusan yang premium dan cantik, secantik kasih anda pada mereka.

Dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sepertimana sokongan teknikal, terdapat sokongan jualan yang sedia membantu anda menjawab segala persoalan mererusi Samsung Live Chat. 

Hubungi: Samsung Malaysia

Jadi apa yang anda tunggu lagi. Samsung Advantage sememangnya memberikan satu faedah tidak terkalah, yang tidak dapat diberikan jenama lain. Dengan Samsung Advantage, ia telah meletakkan tahap ‘alah membeli menang memakai’ ke satu tahap yang lebih tinggi.

Ketahui lebih lanjut: Samsung Advantage

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami