Amerika Bersetuju Membuang Xiaomi Daripada Senarai Hitam

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan Amerika Syarikat dan juga Xiaomi kini telah mencapai persetujuan, dan akan membolehkan pihak Amerika membuang penyenaraian Xiaomi daripada senarai hitam.

Sebelum ini, kerajaan Amerika telah menyenarai-hitamkan Xiaomi – sekaligus melarang sebarang pelaburan oleh firma Amerika ke dalam Xiaomi – mengatakan Xiaomi adalah syarikat yang dikategorikan sebagai “syarikat tentera Komunis China”

Selari dengannya, Xiaomi telah menyaman kerajaan Amerika pada awal tahun ini. Persetujuan ini dilihat dicapai oleh kedua-dua pihak, apatah lagi dengan keputusan mahkamah yang lebih ke arah kemenangan pada pihak Xiaomi.

Dengan mencapai persetujuan ini, kita akan dapat lihat firma Amerika terus melabur pada Xiaomi. Antara firma terawal yang melabur pada Xiaomi dari Amerika adalah termasuk Qualcomm.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami