Samsung Kini Menawarkan Galaxy S20 FE LTE Pada Harga RM1899

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi yang berhasrat untuk membeli telefon baru dalam masa terdekat ini. Rasanya, penawaran daripada Samsung ini pastinya boleh dipertimbangkan. Di mana, Samsung kini menawarkan Samsung Galaxy S20 FE LTE pada harga lebih rendah berbanding biasa. Melaluinya, anda boleh mendapatkan peranti pintar ini pada harga RM1899 dan stok adalah terhad.

Menariknya di sini, ia adalah Samsung Galaxy S20 FE LTE dengan cip Snapdragon 865 (berdasarkan kod model SM-G780GZOGXME). Bukan itu sahaja, terdapat sehingga tiga pilihan warna yang boleh dipilih seperti Navy, Violet dan Orange. Bagi anda yang berminat, dapatkan segera menerusi kedai atas talian Samsung sementara stok masih ada.

Samsung Galaxy S20 FE LTE hadir dengan skrin 6.5-inci Super AMOLED, dilengkapi skrin pada kadar segar semula 120Hz, kamera utama 12-megapixel dibelakang, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menggunakan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami