Apple Telah Menolak Hampir 1 Juta Aplikasi Daripada Diterbitkan Pada 2020

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini berkongsi beberapa perkara berkaitan AppStore mereka, dan turut mengatakan telah menolak hampir 1 juta aplikasi daripada diterbitkan di AppStore sepanjang 2020 lepas.

Menurut Apple, pada 2020, mereka telah menolak hampir 1 juta aplikasi baharu daripada diterbitkan buat pertama kalinya, selain tambahan hampir 1 juta kemaskini untuk aplikasi.

Kebiasaannya, penolakan ini berlaku disebabkan beberapa perkara, termasuk kerana mempunyai ciri tersembunyi, aplikasi berbentuk spam atau meniru aplikasi lain, disebabkan mengumpulkan terlalu banya data, dan juga disebabkan berbentuk penipuan.

Selari dengannya juga, Apple telah membuang hampir 470,000 akaun pembangun daripada program mereka.

Apple kini dilihat lebih terbuka dalam berkongsi data berkaitan proses terbitan di AppStore.

Untuk makluman, buat masa ini, Apple juga sedang melalui proses perbicaraan di mahkamah melibatkan mereka dan juga Epic Games disebabkan oleh AppStore.

Berbeza dengan Play Store, Apple mengawal rapi kedai aplikasi mereka daripada menerbitkan aplikasi yang kurang berkualiti atau berbahaya- sekaligus menjaga pengguna daripada memuat-turun sebarang aplikasi yang tidak diingini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami