Cari @ Amanz

Sejak 2016, Google telah membangunkan sebuah sistem operasi baharu Fuchsia OS yang dilihat sebagai sistem operasi yang akan menggabungkan Android dan Chrome OS. Selepas lima tahun sistem operasi ini masih belum dilancarkan dengan pelbagai ura-ura mengatakan ia boleh menjalankan aplikasi Android dan Linux secara natif. Setakat ini hanya sebuah Nest Hub muncul dalam senarai menggunakan Fuchsia OS.

Fuchsia

Kini masa depan Fuchsia OS mungkin lebih jelas dengan sumbangan dari Samsung. Sistem fail Samsung Flash-Friendly File System (F2FS) muncul dalam kod terkini Fuchsia OS. Sistem fail ini dikatakan lebih pantas dengan ia digunakan pada peranti Samsung sejak Galaxy Note 10 dan juga Google Pixel 3. Dengan sumbangan dari Samsung, mungkin gergasi Korea ini turut akan melancarkan peranti dengan sistem operasi ini.

Samsung banyak melakukan kerjasama dengan syarikat pembangunan perisian bagi memastikan peranti yang dihasilkan akan berfungsi lebih serasa dengan ekosistem mereka. Hasilnya ialah sokongan terbaik Your Phone pada komputer Windows 10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd