Cari @ Amanz

Vivo sedia hadir dengan beberapa penawaran untuk rangkaian aksesori audio buat pada pengguna. Di Malaysia misalnya, jenama ini telah memperkenalkan Vivo TWS Neo pada harga RM359, Vivo Wireless Sport pula RM299 dan Vivo Wireless Sport Lite ditawarkan pada RM159.

Dalam perkembangan terkini, Vivo dilihat berkongsi perancangan untuk hadir dengan satu lagi aksesori audio baharu yang dikenali sebagai Vivo TWS 2. Merujuk kepada beberapa video acah yang dikongsi, Vivo TWS 2 dilihat hadir dengan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai dan pod pengecas yang berbentuk bujur. Melaluinya juga, ia kelihatan mengambil inspirasi daripada fon telinga yang dikeluarkan Apple sebelum ini. Terdapat dua pilihan warna yang bakal ditawarkan seperti biru dan putih.

Buat masa ini, tiada sebarang butiran lanjut berkaitan spesifikasi utama fon telinga ini yang dikongsi. Namun begitu, Vivo telah mengesahkan bakal memperkenalkan fon telinga ini secara rasmi pada pada 20 Mei 2021 dalam sebuah acara pelancaran yang diadakan di China. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penawaran selanjutnya ketika pelancaran rasmi berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd