Cari @ Amanz

Salah satu peranti mercu yang dinantikan ramai peminat telefon setiap tahun adalah daripada Huawei, dibawah siri-P. Ia sering diperkenalkan sekitar Mac, tetapi untuk tahun ini, ia telah ditangguhkan untuk beberapa bulan.

Mengikut desas-desus, Huawei dijangka memperkenalkannya sekitar bulan Jun kelak, dan kini beberapa gambar lagi hadir ke arena web, memperlihatkan rekaan kamera belakang siri P50.

Ia menunjukkan susunan empat kamera belakang yang dihimpunkan dalam dua bulatan besar.

Menariknya, Huawei dilihat masih mengekalkan penjenamaan kamera Leica pada kamera belakang peranti berkenaan.

Buat masa ini, gambar yang hadir ini adalah gambar tertiris sahaja dan bukannya perkongsian rasmi Huawei. Sama-sama kita nantikan pengeluar dari China berkenaan berkongsi berkenaan penawaran Huawei P50 ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd