Cari @ Amanz

Grab kini dilihat dalam persediaan untuk memperkenalkan integrasi DuitNow QR ke aplikasi mereka.

Untuk makluman, DuitNow QR merupakan sebuah kod QR universal yang disediakan oleh PayNet – dan disokong oleh pelbagai bank dan juga aplikasi dompet digital. Dengannya, ia menyelesaikan masalah lambakkan kod QR di kedai, dan pekedai hanya perlu menggunakan sebuah kod QR sahaja untuk menerima bayaran terus ke akaun mereka.

Buat masa ini, sejumlah dompet digital telah menyokong DuitNow QR, termasuk Boost, Touch n Go eWallet, dan juga ShopeePay. Grab pula melalui kemaskini terbaru aplikasi mereka telah mula mengintegrasikan sokongan berkenaan.

Melalui kemaskini terbaru untuk GrabPay pada minggu ini, pengguna sudah boleh melakukan imbasan ke kod DuitNow QR dan mengenal pasti akaun yang akan dihantar wang berkenaan. Namun, sokongan transaksi masih belum diaktifkan – membawa kepada kegagalan melakukan transaksi.

Perkembangan terbaru ini memperlihatkan GrabPay akan menyokong DuitNow QR tidak lama lagi pada aplikasi mereka. Laman DuitNow QR rasmi sendiri sedia menyenaraikan Grab sebagai menyokongnya – memberikan petanda pengaktifan untuk DuitNow QR pada Grab akan dilakukan pada bulan ini. Pihak Grab juga telah menerbitkan halaman bantuan DuitNow QR untuk pekedai yang menggunakan Grab.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd