MediaTek Dimensity 900 5G Dilancarkan Dengan Teknologi 6nm

Diterbitkan pada Mei 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam cip MediaTek Dimensity 900 5G telahpun dilancarkan sebagai cip kelas pertengahan pertama dari MediaTek yang menggunakan teknologi 6nm. Ini ialah teknik penghasilan cip yang sama seperti cip mercu Dimensity 1200 yang juga baru dilancarkan.

Dimensity 900 5G dilengkapi dua teras CPU ARM Cortex-A78 pada kelajuan 2.4GHz dan enam teras CPU ARM Cortex-155 pada kelajuan 2.0 GHz. Ini dipadankan pula degan GPU ARM Mali-G68 MC4. Cip menyokong paparan FHD+ sehingga 120Hz dan rakaman video 4K 30FPS. Rangkaian 5G Sub-6GHz juga disokong dengan kelajuan muat turun sehingga 2.77Gbps dan juga WiFi 6 dengan 2X2 MIMO.

Kamera sehingga 108MP atau 20+20 MP berkembar turut disokong. Selain ini RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1 juga boleh digunakan bersama dengan cip ini. Bersadarkan spesifikasi rasmi ini, Dimensity 900 5G bolehlah dilihat sebagai pesaing kepada cip Snapdragon 750G.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami