Google telah dikenakan denda $123 juta (~RM507 juta) oleh Agensi Persaingan Itali (ICA) kerana didapati bersalah menghalang aplikasi pihak ketiga dari Android Auto. Aplikasi JuicePass yang dibangunkan oleh Enel X Italia dihalang dari digunakan dalam Android Auto oleh Google.
JuicePass memudahkan pengguna kenderaan elektrik mencari stesen pengecas berdekatan. Enel X Italia mendakwa Google menghalang Juicepass dari Android Auto bagi memastikan pengguna memilih aplikasi mereka sendiri iaitu Google Maps dengan ciri yang sama. Enel X Italia cuba membawakan aplikasi mereka selama dua tahun tetapi tetapi dihalang.
Selain didenda, Google juga diarahkan supaya membuka Android Auto kepada lebih banyak pembangun aplikasi pihak ketiga bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan.