Cari @ Amanz

Dunia norma baharu memerlukan semakin ramai orang bekerja dan belajar dari rumah mengakibatkan permintaan ke atas komputer peribadi meningkat tahun lalu. Menurut laporan terkini dari Strategy Analytics, pengeluaran komputer peribadi pada suku pertama 2021 meningkat 81% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Lenovo menjadi pengeluar dengan pegangan terbesar 23.9% diikuti oleh HP (22.6%), Dell (14.6%) Apple (8.4%, dan Acer (7.2%). Acer, Apple dan Dell ketiga-tiga mencatatkan peningkatan pengeluaran lebih 90%. Permintaan yang tinggi ini juga adalah penyebab mengapa dunia kini mengalami masalah kekurangan cip yang kritikal.

Dari segi sistem operasi pula, Windows masih mendominasi pasaran dengan pegangan 73% komputer peribadi diikuti oleh Chrome OS dan MacOS. Chrome OS menujukkan peningkatan mendadak kerana untuk penggunan dalam kelas komputer riba berkuasa tidak diperlukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd