Cari @ Amanz

Konsol PlayStation 5 sudah mula dijual sejak November tahun lalu dan sehingga kini adalah sukar untuk mencarinya kerana kekurangan stok. Jualan konsol ini adalah yang paling pantas dalam sejarah Sony walaupun hanya ditawarkan dalam warna putih.

Seperti yang kami katakan dalam video perkara yang anda perlu tahun sebelum membeli PlayStation 5, antara isu yang kami hadapan ialah alat kawalan permainan DualSense 5 terlalu mudah kotor kerana ditawarkan dalam warna putih sahaja. Tetapi bermula Jun ini, Sony akan menawarkan DualSense dalam dua warna baharu Midnight Red dan Cosmic Black.

Kedua-duanya adalah warna yang lebih sukar menunjukkan kekotoran selepas sesi permainan yang panjang. Seperti DualSense berwarna putih, DualSense dalam warna baharu ini akan turut dijual pada harga RM349.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd