Cari @ Amanz

Lenovo hari ini telah memperkenalkan sub-jenama terbaru mereka, dinamakan Lenovo Go. Melaluinya, ia memfokuskan kepada penawaran sejumlah aksesori untuk komputer dengan fokus terhadap produktiviti, dan gaya hidup bekerja dari rumah masa kini.

Dua produk yang diperkenalkan dibawah Lenovo Go buat masa ini, ialah sebuah powerbank, dan juga sebuah tetikus nirwayar.

Lenovo Go USB-C Laptop Power Bank hadir dengan kapasiti 20,000mAh, dan menawarkan tenaga tambahan untuk komputer riba anda – terutamanya ketika sedang bekerja di luar.

Selain itu, tetikus Lenovo Go Wireless Multi-Device Mouse adalah satu tetikus untuk digunakan bagi mengawal beberapa peranti secara serentak dengan mudah.

Selain kedua-duanya, Lenovo juga turut dijangka memperkenalkan beberapa produk lain dibawah siri Go, termasuk memfokuskan kepada audio.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua produk dibawah Go ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd