Cari @ Amanz

Google merupakan pembangun disebalik sistem operasi Android, dan menariknya mereka turut mempunyai penawaran peranti tersendiri dibawah jenama Pixel. Untuk tahun 2021 ini, Google dijangka memperkenalkan telefon pintar mercu dibawah nama Google Pixel 6 dan juga Pixel 6 Pro.

Terbaru, Jon Prosser yang terkenal dengan berkongsi beberapa gambar dan info sebelum pelancaran rasmi peranti, telah berkongsi maklumat dan gambaran untuk Google Pixel 6 dan juga Google Pixel 6 Pro.

Google Pixel 6

Melalui gambaran yang diperlihatkan, ia menawarkan gabungan 2 tona warna pada bahagian belakang, dengan rekaan modul kamera yang tertimbul sedikit. Pada bahagian hadapan, ia menawarkan rekaan skrin menyeluruh dengan kamera pada bahagian tengah peranti.

Google Pixel 6

Versi Pro juga dilihat hadir dengan tri-kamera belakang, sementara versi Pixel 6 biasa hadir dengan dwi-kamera sahaja dibahagian belakang.

Buat masa ini, info lanjut berkaitan dengan kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui. Mengikut desas-desus sebelum ini, Google dijangka menggunakan cip pemprosesan mereka tersendiri pada siri telefon pintar ini.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan rekaan telefon pintar ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd