Cari @ Amanz

Poco telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk peranti pintar terkini mereka pada 19 Mei ini. Peranti berkenaan adalah Poco M3 Pro 5G dan ia bakal diadakan secara global. Lebih menariknya lagi, peranti pintar ini turut telah didapati tersenarai di laman SIRIM sekitar April lalu. Ini sekaligus memberi bayangan kita juga mungkin menyaksikan pelancarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Menjelang pelancaran rasmi, pihak Poco dilihat mula berkongsi mengenai spesifikasi utama pada peranti. Di mana, mereka kini mengesahkan Poco M3 Pro 5G akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700. Menurut Poco lagi, peranti pintar ini juga mampu memberikan pengalaman yang baik untuk semua keperluan hiburan pengguna.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang info berkaitan rekaan fizikal peranti pintar ini yang dikongsi oleh pihak Poco. Namun begitu, terdapat beberapa imej pengolokan perkongsian daripada @IshanAgarwal24 yang memperlihatkan reka bentuk pada peranti. Melaluinya, Poco M3 Pro 5G dipercayai mempunyai sokongan sistem tri-kamera utama bersama panel hadapan dengan rekaan berlubang.

Imej Pengolokan Poco M3 Pro 5G

Tidak habis di situ, ia juga dikhabarkan hadir dengan sokongan pengimbas cap jari sisi dan sekurang-kurangnya tiga pilihan warna berbeza. Buat masa ini, ia hanyalah imej pengolokan semata-mata. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan kemaskini selanjutnya berkaitan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd