Cari @ Amanz

Instagram merupakan salah satu aplikasi yang sangat popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih, dimana ia sering digunakan untuk tujuan perkongsian gambar dan juga video. Terbaru, selepas hanya menawarkan kebolehan muat-naik dan perkongsian melalui peranti mudah-alih sahaha, Instagram kini dilihat membangunkan ciri muat-naik melalui desktop.

Melalui kod pembangunan awal yang ditemui, ia dilihat Instagram ingin memudahkan pengguna memuat-naik gambar dan video daripada desktop, dan melakukan perkongsian terus bersama yang lain.

Buat masa ini, ciri ini dilihat masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui akan ditawarkan kepada semua atau sebaliknya.

Apa pun, perkembangan ini sesuatu yang baik, dan semestinya dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd