Twitter Memperkenalkan Fungsi Carian Mesej Peribadi Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Mei 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fungsi carian mesej peribadi mula diperkenalkan oleh Twitter pada tahun 2019 untuk pengguna iOS. Ia membenarkan pengguna mencari mesej-mesej lama, tanpa perlu tatal jauh ke bawah. Fungsi carian ini turut diperkenalkan kepada versi web, tetapi pengguna Android masih harus tunggu.

Kini selepas dua tahun, akhirnya Twitter membawakan fungsi ini kepada pengguna Android melalui kemaskini yang akan diedarkan pada tahun ini. Twitter tidak mendedahkan tarikh, tetapi apa yang pasti adalah mereka akan edarkan secara berperingkat. Twitter pada peranti Android saya sudah lama hadir dengan fungsi ini, mungkin kerana saya kerap uji aplikasi mereka versi beta dan kadangkala menggunakan versi alfa.

Menerusi fungsi carian, mesej yang diterima boleh ditapis dengan menaip nama insan yang menghantar mesej. Pengguna hanya perlu memasukkan teks ke dalam kotak carian di atas skrin Messages sama seperti melakukan carian biasa di Twitter sebelum ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami