Cari @ Amanz

Asus telah pun memperkenalkan Asus Zenfone 8 dan juga Zenfone 8 Flip secara rasminya pada minggu lepas, dan menyasarkan pengenalan rasmi di Malaysia dalam bulan ini.

Bercakap mengenai peranti berkenaan, semestinya ramai yang tertanya-tanya berkaitan sokongan perisian – salah satu komponen utama yang ditekankan pelbagai pengeluar sejak kebelakangan ini.

Asus melalui TheVerge mengatakan mereka akan menawarkan sekurang-kurangnya dua kemaskini sistem operasi Android untuk siri Zenfone 8 ini. Secara kasarnya, kita akan melihat kemaskini selama dua tahun untuk telefon pintar ini.

Apa pun, jikalau dibandingkan dengan pengeluar Android lain seperti Samsung, tempoh sokongan ini mungkin pendek. Tetapi, ini mungkin boleh menjadi titik tolak Asus dalam mencuri kembali pegangan pasaran untuk peranti mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd