Oppo Find X3 Pro Mars Exploration Edition Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hujung minggu lalu, China menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat yang berjaya mendaratkan sebuah perayau di permukaan Marikh. Perayau Zhurong akan menjalankan kajian mineral dan memburu sumber air di kawasan Utopia Planitia bagi pihak China. Dengan kejayaan misi pendarat ini, Oppo Find X3 Pro Mars Exploration Edition telah dilancarkan di China.

Ia sebuah Oppo Find X3 Pro dengan warna baharu kelabu, antaramuka bertemakan Marikh dan penuras khas dalam aplikasi kamera yang membolehkan gambar diambil seperti permukaan planet tersebut. Versi ini hadir dengan memori sebesar 16GB dan storan sebesar 512GB. Spesifikasi lain adalah sama dengan Find X3 Biasa cuma dipakejkan semula dalam kotak yang juga bertemakan Marikh.

Peranti edisi khas dan terhad ini akan hanya ditawarkan di China pada harga CNY6,999 (~RM4497) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami