Rotten Tomatoes Turut Melancarkan Saluran TV Sendiri

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Laman Rotten Tomatoes digunakan peminat filem dan siri TV bagi mencari kandungan yang perlu ditonton. Terdapat skor kesegaran setiap kandungan bagi mengelakkan anda tertonton filem sampah yang hanya menghabiskan masa dan data Internet. Kini Rotten Tomatoes telah melancarkan saluran TV mereka sendiri di platform Roku.

Menerusi The Rotten Tomatoes Channel, kandungan asli berkaitan filem, siri TV dan permainan video boleh ditonton. Antara kandungan asli yang boleh ditonton ialah trailer terkini serta klasik, video perkara-perkara menarik daripada filem yang ditonton, temuramah dan pelbagai lagi kandungan keluaran mereka sendiri. Tiada filem atau siri TV akan ditawarkan menerusi saluran ini.

Dengan kata lain The Rotten Tomatores Channel akan menayangkan kandungan yang selama ini diberikan percuma pada saluran YouTube mereka dalam bentuk kandungan biasa seperti televisyen tradisional. Pada waktu ini ia hanya ditawarkan di Roku sebelum akan dikembangkan ke Peacock, XUMO TV, dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami