Poco M3 Pro 5G Akan Mempunyai Sistem Tri-Kamera Dengan Lensa Utama 48MP

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelancaran rasmi kini semakin dekat, Poco juga tidak henti berkongsi setiap satu spesifikasi yang ada pada telefon terkini mereka. Dalam perkembangan terkini, info berkaitan kamera pula didedahkan.

Tetapan Kamera Poco M3 Pro 5G

Melalui hantaran terkini Poco, ia memperlihatkan Poco M3 Pro 5G akan mempunyai sistem tri-kamera di belakang. Selain itu, Poco turut mengesahkan tetapan kamera akan terdiri dengan 48-Megapixel sebagai sensor utama. Namun begitu, info berkaitan dua lagi sensor lain masih belum diketahui buat masa ini. Spekulasi awal mengatakan ia berkemungkinan menggunakan dua sensor 2-Megapixel untuk tujuan makro dan juga kedalaman.

Imej Pengolokan Tertiris

Poco M3 Pro 5G merupakan sebuah lagi peranti dengan sokongan cip MediaTek Dimensity 700. Ia juga akan dilengkapi skrin 6.5-inci dengan sokongan kadar segar semula 90Hz dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut mengenai peranti pintar ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami