Motor Elektrik Nirsentuh Dan Tiada Unsur Nadir Bumi Dibangunkan Di Jerman

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sentiasa mendengar bahawa kenderaan elektrik kan menyelamatkan bumi dari pencemaran bahan api. Tetapi ia tidak lestari sepenuhnya seperti yang diuar-uarkan oleh Elon Musk. Hakikantnya kenderaan elektrik masih menggunakan motor yang memerlukan magnet. Magnet pula memerlukan unsur nadir bumi (seperti bauksit) yang lombongnya mengakibatkan kerosakan yang teruk seperti yang dapat dilihat di Pahang.

Mahle, sebuah syarikat komponen automotif Jerman telah memperlihatkan rekaan motor elektrik yang bukan sahaja tidak memerlukan unsur nadir bumi tetapi juga mempunyai komponen nirsentuh bagi mengurangkan keperluan penyelenggaraan yang kerap.

Magnet digantikan dengan elektromagnet dengan gegelung kuprum pada teras besi. Kuasa disampaikan pada gegelung secara aruhan tanpa kontak fizikal seperti motor elektrik konvensional. Menurut Mahle, ini akan menyelesaikam masalah sambungan yang haus kerana geseran, penghasilan debu (kerana kawasan sentuhan yang haus) sekaligus membuatkan motor mereka boleh beroperasi lebih lama. Motor elektrik pada kenderaan elektrik semasa mempunyai hayat sehingga 20-30 tahun sebelum perlu diganti.

Dengan inovasi ini kenderaan elektrik yang boleh beroperasi hampir sama seperti kereta bahan api fosil akan menjadi realiti tanpa kerisauan motor diganti. Ia juga mengurangkan pergantungan kepada unsur nadir bumi yang 90% pasarannya dimonopoli oleh China pada waktu ini. China telahpun mula mengehadkan eksport unsur nadi bumi bagi mengawal pasaran serta untuk kegunaan domestik.

Sumber Mahle menerusi New Atlas

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami