Carian
Realme Watch 2 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Mei Ini
May 17, 2021 Amy Maizuraa

Teka-teki mengenai sejumlah produk baharu AIoT Realme yang diacah tempoh hari kini terjawab apabila mereka berkongsinya secara terbuka. Memetik hantaran terkini, Realme telah menjadualkan satu acara pelancaran khusus untuk produk-produk berkenaan pada hari Khamis ini – iaitu 20 Mei 2021.

Bukan sahaja tarikh pelancaran, tetapi nama rasmi untuk setiap model turut didedahkan bersama-samanya. Di mana, mereka akan melancarkan Realme Watch 2 Pro, Realme Pocket Bluetooth Speaker, Realme Buds Wireless 2 dan juga Realme Buds Wireless 2 Neo. Acara pelancaran ini bakal diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi bermula jam 12 tengah hari. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini yang selanjutnya.

Untuk makluman semua juga, Realme turut akan melancarkan telefon pintar baharu mereka iaitu Realme Narzo 30 pada 18 Mei ini. Telefon pintar ini akan dijana dengan cip Mediatek Helio G95, skrin 90Hz, sensor utama 48MP dan bateri 5000mAh.

Komen