Carian
Oppo A74 4G Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
May 17, 2021 Amy Maizuraa

Oppo sedia hadir dengan penawaran Oppo A74 bersama sokongan rangkaian 5G terbina untuk pengguna di Malaysia. Lebih menariknya, Oppo juga pernah berkongsi yang mana ia merupakan antara model yang banyak dibeli ketika Pesta Jualan Raya 5.5 sempena kempen Raya Bersama Shopee tempoh hari.

Dalam perkembangan terkini, Oppo dilihat dalam perancangan untuk hadir dengan Oppo A74 dalam versi 4G pula. Memetik satu hantaran di Facebook, peranti pintar ini akan ditawarkan secara eksklusif menerusi laman Lazada. Hasil semakan kami juga mendapati ianya akan tersedia mula ditawarkan pada minggu ini – yang mana jualan pertamanya akan bermula pada 20 Mei 2021.

Butiran mengenainya juga telah dikongsi. Di mana, ia hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W. Harga jualannya pula masih belum dikongsi secara rasmi buat masa ini. Tetapi, kami perasan ia tertiris lebih awal iaitu sekitar RM899. Sama ada ianya benar atau tidak, sama-sama kita nantikan kemaskini selanjutnya kelak.

Komen