Cari @ Amanz

Jika anda membeli sebuah komputer riba gaming daripada jenama Legion, Lenovo Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan bantuan sokongan khusus untuk pelanggan-pelanggan Legion yang dinamakan Legion Ultimate Support.

Tidak kira apa peranti komputer riba yang dibeli, akan tiba masanya apabila anda akan memerlukan bantuan sokongan daripada bahagian sokongan teknikal untuk memastikan peranti anda kekal beroperasi pada tahap optimum.

Dengan Legion Ultimate Support, pelanggan Legion di Malaysia boleh menghantar sebarang kemusykilan mengenai komputer riba Legion mereka melalui panggilan telefon, chat, ataupun emel setiap hari, setiap masa tentang cara-cara untuk memaksimakan potensi komputer riba, atau menanyakan sebarang soalan sekiranya komputer riba anda mengalami sebarang masalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lenovo Ultimate Support, anda boleh ke laman web Legion Ultimate Support Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd