Seperti yang dijanjikan, OnePlus kini hadir dengan penawaran siri OnePlus 9 buat pengguna di Malaysia. Harga rasminya telah diumumkan sebentar tadi dengan sejumlah penawaran hadiah menarik percuma yang disertakan untuk setiap pembelian dibuat.
Bagi yang berminat, OnePlus 9 ditawarkan pada harga RM3699 dan setiap pembelian akan didatangkan dengan seunit OnePlus Buds Z secara percuma dan jaminan waranti sehingga 2 tahun. Sementara itu, Oneplus 9 Pro pula berharga RM4299 dan pembeliannya disertakan dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM1,000. Kesemua tawaran hadiah percuma ini adalah terhad sementara stok masih ada.
Untuk spesifikasi, kedua-dua model dilengkapi dilengkapi cip Snapdragon 888 dan sistem kamera yang dibangunkan dengan kerjasama Hasselblad. OnePlus 9 hadir dengan skrin skrin 6.55″ Fluid AMOLED FHD+ 120Hz, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri pula sebesar 4,500 mAh. Tetapan kamera terdiri dengan 48MP + 50MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Sementara itu, OnePlus 9 Pro pula mempunyai skrin 6.7-inci AMOLED QHD+ 120Hz, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan bateri pula sebesar 4500mAh.