OnePlus Watch Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM699

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan siri OnePlus 9, jenama ini turut hadir dengan penawaran peranti boleh-pakai menerusi OnePlus Watch. Ia merupakan penawaran sulung daripada OnePlus setelah sekian lama diacah pelancarannya. Bagi yang berminat, OnePlus Watch dijual di Malaysia dengan tanda harga RM699 untuk seutas. Jualan pertama akan bermula esok iaitu 18 Mei 2021 dan boleh didapati menerusi laman Shopee.

Untuk spesifikasi, OnePlus Watch hadir dengan skrin 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 450 X 450 piksel. Seterusnya, terdapat juga sensor pengecasan nadi dan kemampuan menjejak sehingga 110 aktiviti sukan secara automatik. Di samping itu, ia juga mempunyai kebolehan mengesan tahap kepekatan oksigen dalam darah SpO2, menjejak tidur, menjejak tapak dan GPS secara terbina. Spesifikasi lain termasuk – bateri 402mAh yang boleh bertahan sehingga 14 hari, sokongan Bluetooth 5.0, IP68 dan lain-lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami