MSI Mengemaskini Siri Komputer Riba Gaming Dan Produktiviti Mereka Dengan CPU Intel Tiger Lake-H

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersempena dengan pelancaran siri cip pemprosesan komputer riba Intel Tiger Lake-H, MSI, sebuah syarikat pembuat komputer yang cukup terkenal untuk siri komputer riba dan desktop untuk gaming dan produktiviti mereka baru-baru ini dilihat telah mengemaskini dan memperkenalkan siri komputer riba baru yang dikuasakan oleh siri cip pemprosesan Tiger Lake-H.

Bermula dengan siri MSI Creator, MSI telah memperkenalkan tiga buah model komputer riba melalui MSI Creator 17, Creator Z16 dan Creator M16. MSI Creator Z6 dan Creator M16 adalah komputer riba produktiviti yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 Tiger Lake-H, memori DDR4 sehingga 64GB dan juga storan dalaman DDR4 sehingga 64GB.

Dari segi paparan pula, kedua-dua komputer riba ini mempunyai paparan skrin bersaiz 16 inci dengan resolusi QHD (2560×1600) dengan nisbah paparan 16:10, dimana Creator M16 hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 ataupun RTX 3050 Ti, manakala Creator Z16 pula dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060.

MSI Creator 17 pula ialah komputer riba produktiviti dengan paparan bersaiz 17.3 inci dengan resolusi WQHD (3840×2160) yang menggunakan paparan MiniLED yang bukan sahaja mengurangkan penggunaan kuasa, tetapi mempunyai kejituan warna yang sangat tepat. Ia juga mempunyai nilai kecerahaan 1000 nit dan menyokong teknologi paparan HDR.

Dari segi spesifikasi dalaman, MSI Creator 17 dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Tiger Lake-H sehingga model Intel Core i9, dengan sokongan memori DDR4 sebanyak 64GB dan juga storan dalaman SSD NVMe PCIe yang boleh ditambah dengan sendiri.

Bergantung kepada keperluan pengguna, MSI Creator 17 ini juga dilengkapi dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, GeForce RTX 3070 dan juga RTX 3080.Bergantung kepada keperluan pengguna, MSI Creator 17 ini juga dilengkapi dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, GeForce RTX 3070 dan juga RTX 3080.

Beralih pula kepada siri gaming MSI, mereka bukan sahaja memperlihatkan kemaskini kepada spesifikasi dalaman model-model komputer riba gaming sedia ada, tetapi juga memperkenalkan beberapa model baru yang hadir dengan spesifikasi mampu milik.

Model-model seperti MSI GE76 dan GE66 Raider, GS76 dan GS66 Stealth memperlihatkan pilihan penggunaan CPU Intel Tiger Lake-H sehingga model Core i9 dan juga pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 3060 sehingga RTX 3080.

Model GE76 dan GE66 Raider seperti yang sedia maklum adalah rekaan tanpa kompromi dari segi prestasi yang memperlihatkan penggunaan sistem penyejukan paling berkuasa dan berfungsi sebagai mesin pengganti desktop. Model GE76 hadir dengan paparan 17.3 inci dengan pilihan resolusi maksima 4K dan kadar segar semula 120Hz, manakala GE66 dilengkapi dengan paparan 15.6 inci dengan pilihan resolusi yang sama.

Untuk model GS76 dan GS66 Stealth pula, kedua-dua model komputer riba ini boleh dikatakan model komputer riba yang paling nipis, tetapi masih lagi hadir dengan spesifikasi dalaman yang sangat berkuasa. Dari segi saiz paparan, GS76 hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 120Hz, manakala GS66 dilengkapi paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi yang sama.

Jika anda jenis yang hanya mementingkan kemampuan perkomputeran dan grafik dalam sesebuah komputer riba dan tidak begitu endahkan tambahan yang lain, MSI GP76 dan MSI GP66 Leopard mungkin lebih sesuai untuk anda.

Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 Tiger Lake-H, pilihan memori DDR4 sebanyak 64GB dan storan SSD NVMe PCIe, dan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070.

Dari segi paparan pula, MSI GP76 hadir dengan paparan skrin bersaiz 17.3 inci dengan pilihan resolusi paparan setinggi QHD (2560x1440p) dengan kadar segar semula 165Hz, manakala GP66 menggunakan paparan 15.6 inci dengan resolusi dan kadar segar semula yang sama.

Jika anda mahukan sesuatu yang dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih mampu milik, MSI memperkenalkan empat model komputer riba gaming baru, termasuklah MSI Pulse GL76, MSI Pulse GL66, MSI Katana GF76 dan MSI Katana GF66.

Kesemua komputer riba ini dikuasakan CPU Intel Core i7 Tiger Lake-H, mempunyai pilihan memori DDR4 sehingga 64GB dan juga dua slot SSD NVMe PCIe. Selain daripada rekaan fizikal komputer riba, terdapat juga beberapa perbezaan ketara dari segi spesifikasi.

Pertama ialah penawaran GPU. Untuk model GL76 dan GL66, ia hadir dengan piliihan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050, RTX 3050 Ti dan RTX 3060. Untuk model Katana GF76 dan GF66 pula, ia hadir dengan pilihan NVIDIA GeForce GTX 1650, GeForce RTX 3050, RTX 3050 Ti dan RTX 3060.

Saiz paparan untuk keempat-empat model ini juga adalah sama, tetapi perbezaannya hadir dari segi penawaran resolusi dan kadar segar semula. Dimana GL76 dan GL66 hadir dengan pilihan resolusi sehingga QHD (2560×1440) dan kadar segar semula 165Hz, GF76 dan GF66 hadir dengan paparan beresolusi Full HD (1920×1080) dengan kadar segar semula 144Hz.

Dari segi penawaran produk untuk pasaran tempatan, MSI Malaysia berkata bahawa sejumlah spesifikasi komputer-komputer riba ini akan tiba di pasaran tempatan kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami