Nilai Bitcoin kini dilihat jatuh secara mendadak pada penghujung minggu, sekaligus mencapai kepada nilai terendah sejak tiga bulan lepas, sekitar RM187k.
Ini sekaligus memperlihatkan nilai Bitcoin kurang sekitar 10% dalam pasaran kriptowang dalam tempoh 24 jam lepas. Trend penurunan harga ini berterusan sejak daripada minggu lepas, apablla Elon Musk mengatakan Bitcoin kurang mesra alam untuk diterima sebagai medium pembayaran Tesla.
Lanjutan daripadanya, Elon Musk juga seperti memberikan petanda yang mana Tesla mungkin telah menjual semua pegangan Bitcoin mereka – walaupun pada minggu lepas mengatakan Tesla akan terus menyimpan pegangan kriptowang mereka.
Hal ini membuatkan keyakinan terhadap Bitcoin berkurangan oleh segelintir pihak, dan menjualnya – mengakibatkan nilai Bitcoin berkurangan secara mendadak.
Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin adalah sekitar RM197k untuk 1BTC – dan memperlihatkan peningkatan kembali secara berperingkat.