Kajian Microsoft Di Malaysia Mendapati 77% Pekerja Ingin Pilihan Bekerja Dari Rumah

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhir bulan lalu Microsoft menerbitkan kajian di tempat kerja yang mengambil maklum balas dari 30,000 pekerja di 31 negara serta data yang dikumpul daripada Microsoft 365 dan LinkedIn. Ia mendapati 73% kakitangan global kini ingin diberikan pilihan bekerja dari rumah. Dalam kajian yang sama di Malaysia, seramai 77% kakitangan ingin diberikan pilihan bekerja dari rumah.

Sungguhpun begitu 75% mengatakan mereka memerlukan perbincangan berdepan mata dengan anggota pasukan. Sekali lagi peratusan di Malaysia lebih tinggi berbanding 67% di peringkat global. Sebanyak 47% ingin mencara kerja baharu dalam masa setahun dari sekarang berbanding 41% di peringkat global.

Lebih menarik lagi 69% pekerja dari Generasi Z (18-25 tahun) berkata mereka Generasi Z mengatakan mereka mengalami kesukaran dalam kehidupan. Tidak mengejutkan sekali lagi peratusan di Malaysia lebih tinggi berbanding purata global Generasi Z 60%. Dengan pelbagai data yang dari kajian ini, kakitangan perlu lebih cakna tentang perubahan yang berlaku di tempat kerja akibat pandemik kerana cabarannya berbeza dari dahulu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami