Kecerdasan Buatan Intel Mengubah Grafik GTA V Untuk Kelihatan Realistik

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi idaman setiap pembangun permainan video untuk menghasilkan grafik yang sehampir mungkin kepada dunia sebenar. Ini adalah proses yang sukar kerana ia memerlukan kepakaran dalam menghasilkan model 3D, tekstur, cahaya dan kuasa platform permainan yang digunakan. Apa yang berlaku sekarang ialah permainan lama boleh dipertingkatkan grafik dengan menggunakan mod.

Di Intel, cara menghasilkan grafik yang paling realistik ialah menggunakan kecerdasan buatan. Sebuah rangkaian neural diajar untuk melihat sampel rakaman video dashcam sebuah bandar di Jerman. Kemudian ia disuruh pula melihat video yang diambil di dalam permainan GTA V.

Kecerdasan buatan ini kemudian mengubah tona warna permainan dan mengubah tekstur dalam permainan seperti pokok, jalan, bukit bukau dan bermacam-macam lagi. Hasilnya ialah video yang dihasilkan semula oleh kecerdasan buatan ini kelihatan hampir seperti dunia sebenar.

Kecerdasan buatan ini tidak boleh digunakan untuk mengubah grafik secara masa nyata cuma mengubah video yang telah dirakam. Tetapi di masa hadapan ia mungkin boleh dilakukan. Seperti yang telah dapat dilihat dalam permainan video Microsoft Flight Simulator X, grafik yang hampir realistik boleh dinikmati menggunakan teknik penstriman bagi membolehkan keseluruhan bumi dihasilkan semula di dalam sebuah permainan video.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami