Apple Akan Menghentikan Jualan Aksesori Mac Dalam Warna Space Gray

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple mula menawarkan aksesori Mac dalam warna Space Gray selepas melancarkan iMac Pro pada tahun 2017. Tetapi pada bukan Mac lalu, jualan iMac Pro telah dihentikan secara rasmi oleh Apple. Dengan iMac dalam warna Space Gray tidak lagi dipasarkan, aksesori-aksesorinya juga bakal dihentikan.

Jika anda ke kedai atas talian hari ini, kesemua aksesori Magic Keyboard With Numeric Keybopad, Magic Mouse 2, dan Magic Touchpad 2 menunjukkan ia akan dijual selagi stok masih ada. Jadi sekiranya anda ingin memiliki aksesori Mac dalam warna Space Gray anda perlu melakukan pembelian sekarang sebelum terlepas selama-lamanya. Di Malaysia harga jualan aksesori bermula dari RM379 sebuah.

Dengan iMac M1 telah dilancarkan cuma belum dijual, aksesori-aksesori Space Gray ini akan digantikan dalam warna lebih ceria seperti pelangi dan tidak lagi terhad kepada sekadar putih dan Space Gray.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami