Kredit eBelia Sebanyak RM150 Akan Ditawarkan Bermula 1 Jun 2021 – Melalui Boost, ShopeePay, TNG eWallet Dan BigPay

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana Program eBelia akan ditawarkan kepada para belia seluruh negara yang layak bermula 1 Jun 2021 ini.

Melalui program eBelia ini, kredit sebanyak RM150 akan ditawarkan melalui dompet digital terpilih – iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan juga TNG eWallet. Setiap pemohon boleh menuntut RM150 melalui hanya satu penyedia perkhidmatan dompet digital sahaja.

Program eBelia ini ditawarkan untuk mereka yang berumur 18 ke 20 tahun pada 2021 (lahir pada tahun 2001 sehingga 2003), atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Seperti biasa, data akan disemak terlebih dahulu, sebelum seseorang itu menerima kredit RM150 ini.

Tempoh tuntutan kredit adalah bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021, dan kredit perlu digunakan sebelum 31 Julai 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami