Cari @ Amanz

Pelbagai petanda menunjukkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4 kelak akan menggunakan sistem operasi Wear OS menggantikan Tizen. Bagi penggemar jam tangan pintar Samsung yang mungkin risau identiti mereka akan hilang kerana menggunakan sistem operasi Google, ada sedikit berita baik untuk anda.

Menurut laporan Sammobile, jam tangan pintar yang akan dilancarkan ini akan hadir dengan pelancar One UI bagi mengekalkan antaramuka seakan Tizen. Tiga model akan dilancarkan dengan kod mama Wise, Fresh dan Lucky. Wise adalah model dengan rekaan bezel berputar sementara Fresh dan Lucky adalah model untuk bersukan.

Dengan antaramuka One UI, proses pengguna Tizen untuk mempelajari sistem operasi Wear OS akan menjadi lebih mudah. Cuma persoalannya di sini ialah apakah akan terjadi kepada aplikasi Tizen yang telah dibeli menerusi Galaxy Store serta data lama pengguna yang disimpan menerusi Galaxy Wearable. Kesemuanya akan terjawab apabila Galaxy Watch4 dilancarkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd