Realme Narzo 30 Dengan Cip MediaTek Helio G95 Kini Rasmi – Harga Serendah RM699 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah lagi peranti dengan janaan cip MediaTek Helio G95 dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Dikenali sebagai Realme Narzo 30, ia merupakan penawaran terkini Realme di bawah siri Narzo – sekaligus kehadirannya mampu menawarkan lebih banyak pilihan buat pengguna hari ini.

Bagi yang berminat, Realme Narzo 30 dijual pada harga RM799 dan boleh didapati dalam dua warna berbeza seperti Racing Blue dan Racing Silver. Bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkannya pada harga promosi lebih rendah iaitu RM699 pada jualan pertama yang akan berlangsung pada hari Khamis ini – iaitu 20 Mei 2021 bermula jam 12 tengah malam di Shopee.

Untuk spesifikasi khusus, Realme Narzo 30 membawakan skrin berukuran 6.5-inci dengan resolusi sehingga FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Selain daripada cip MediaTek Helio G95, ia juga dibekalkan dengan sokongan memori 6B RAM, storan dalaman 128GB UFS 2.1 dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 30W Dart Charge.

Seterusnya, ia turut dilengkapi sistem tri-kamera dengan 48-Megapixel untuk sensor utama, 2-Megapixel untuk makro dan 2-Megapixel untuk tujuan B&W. Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel dengan sensor Sony IMX471 yang diletakkan di dalam lubang skrin. Spesifikasi lain termasuk – sokongan Bluetooth 5.0, port sambungan USB Type-C, pengimbas cap jari sisi, sistem operasi Android 11 dan lain-lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami