Carian
Volocopter Melancarkan VoloConnect Pula Untuk Perjalanan Lebih Jauh
May 18, 2021 Effi Saharudin

Volocopter ialah antara syarikat paling awal memulakan program pembangunan teksi terbang untuk kegunaan dalam bandar. Setakat ini Volocopter telah melakukan ujian dengan jayanya di Singapura dan Dubai. Seterusnya dalam ekosistem Volocopter ialah VoloConnect.

Voloconnect mempunyai kemampuan membawa sehingga empat penumpang dan masih menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia mempunyai dua pasang sayap dan dua enjin penolak yang membolehkan ia terbang mendatar seperti kapal terbang konvensional. Penerbangan serta pendarat masih boleh dilakukan menerusi enam kipas menegak. Dengan konfigurasi ini, Voloconnect boleh terbang lebih jauh berbanding Volocopter dan VoloCity yang diperlihatkan sebelum ini.

Ia mampu terbang sehingga 100 kilometer pada kelajuan mencecah 250 km/j – jauh lebih baik berbanding 35 kilometer dan 110 km/j sebuah VoloCity. Dengan tiga sistem penerbangan sudah diperlihatkan setakat ini, Volocopter ini menguasai pasaran teksi terbang serta penghantaran barangan menggunakan dron.

Komen