Microsoft Teams Untuk Kegunaan Peribadi Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa pandemik, Microsoft Teams ialah antara aplikasi telesidang pilihan di pejabat kerana mampu menyokong sehingga 300 pengguna. Dengan jumlah peserta yang tinggi, ia turut digunakan oleh NBA untuk membolehkan penonton hadir secara masa di stadium. Kini Microsoft Teams untuk kegunaan peribadi pula diperkenalkan.

Microsoft Teams untuk kegunaan peribadi ini boleh digunakan secara percuma dan turut menyokong sehingga 300 peserta. Menerusinya perbincangan boleh dilakukan secara atas talian dengan ahli keluarga, berkongsi fail, kalendar, senarai dan banyak lagi.

Sepanjang pandemik ini, Microsoft turut membenarkan pengguna melakukan panggilan video selama 24 jam tanpa henti. Ia kemudiannya akan dihadkan ke 1 jam sehari untuk panggilan berkumpulan tetapi panggilan video antara dua individu akan kekal percuma selama 24 jam sehari.

Ciri yang paling relevan sekarang kerana kita masih berhari raya ialah Together Mode yang membolehkan kesemua peserta panggilan video dipaparkan seperti duduk semeja. Ia sedikit sebanyak membolehkan keluarga berkumpul secara maya tanpa melanggar SOP seperti golongan selebriti tempatan.

Microsoft Teams untuk kegunaan peribadi boleh digunakan di platform Android, iOS, aplikasi desktop dan aplikasi web bermula hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami