Carian
Amazon Dilaporkan Dalam Perbincangan Mengambil-Alih MGM
May 18, 2021 Aman

MGM merupakan salah satu penerbit filem yang popular dengan filem seperti James Bond, Robocop dan beberapa yang lain. Terbaru, Amazon dilaporkan dalam perbincangan untuk mengambil-alih MGM.

Ia dikatakan Amazon mungkin menawarkan sehingga $9 bilion untuk mengambil-alih MGM ini. Sekiranya benar, ini akan membolehkan Amazon mendapat akses kepada lebih 4000 filem terbitan MGM, selain sejumlah siri TV dan juga hak jenama yang meluas.

Perbincangan ini dikatakan mungkin juga tidak membuahkan sebarang hasil. Sebelum ini, kita telah mendengar beberapa kali yang mana MGM dalam perbincangan untuk menjual syarikat mereka – termasuk pernah berbincang dengan pihak Apple, tetapi diperkatakan tidak mencapai kata sepakat pada penawaran harga.

Komen