Cari @ Amanz
*Artikel ini mengandungi kod promo khas untuk pembaca Amanz. Butiran di akhir artikel*

Tidak dinafikan bahawa penggunaan kad kredit ternyata memberikan kemudahan kepada para pengguna, terutamanya dari segi kemudahan pembayaran, ganjaran, keselamatan dan banyak lagi. Namun, kad kredit yang sering kita dengar hanya menyokong beberapa jenis pembayaran yang utama sahaja. Alangkah baiknya jika kita boleh menggunakan kad kredit untuk kesemua jenis pembayaran. Oleh sebab itulah, ipaymy menawarkan perkhidmatan pembayaran menggunakan kad kredit untuk pelbagai jenis pembayaran yang tidak disokong oleh kad kredit biasa, seperti membayar sewa rumah, kereta, gaji, bil-bil dan banyak lagi.

Pelbagai jenis pembayaran boleh dibuat menggunakan ipaymy asalkan penerima bayaran mempunyai akaun bank di Malaysia. Namun bagi akaun perniagaan, anda perlu mempunyai nombor pendaftaran perniagaan dan mempunyai akaun bank syarikat yang dibuka di Malaysia. Lebih mudahnya apabila penerima bayaran juga tidak perlu membuka akaun ipaymy untuk menerima pembayaran yang dibuat melalui ipaymy ini.

Bila Dan Kenapa Anda Perlu Menggunakan ipaymy?

1. Ganjaran Kad Kredit

Kebiasaannya, setiap wang yang dibelanjakan melalui kad kredit akan melayakkan anda untuk mengumpul ganjaran melalui sistem seperti mata ganjaran biasa, cashback atau airmiles. Ganjaran-ganjaran ini seterusnya boleh ditebus untuk mendapatkan pulangan tunai, hadiah-hadiah menarik atau tiket penerbangan percuma. Begitu juga sekiranya anda menggunakan ipaymy ini kerana setiap transaksi melalui ipaymy akan dikira sebagai transaksi biasa yang melayakkan anda untuk mendapat mata ganjaran. Namun jika anda tidak menerima ganjarannya, ipaymy akan menawarkan bayaran balik (refund) caj perkhidmatan mereka untuk transaksi tersebut.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. ipaymy tidak membuat pembayaran kepada syarikat atau akaun perbankan yang berkaitan dengan pengguna itu sendiri dan tidak menerima kaedah pembayaran “peer-to-peer”. Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan dibawah.

2. Jalan Penyelesaian Kewangan Untuk Jangka Masa Pendek

Mungkin anda pernah mengalami situasi dimana anda kekurangan wang tunai untuk melakukan pembayaran seperti membayar sewa kereta atau sewa rumah. Atau dalam situasi perniagaan pula, mungkin anda perlu membelanjakan beberapa kos yang tidak dijangkakan seperti keretakan dinding di pejabat dan penghawa dingin bocor, dimana kemudiannya anda kekurangan wang tunai untuk membayarnya. Oleh itu, ipaymy menawarkan jalan penyelesaian yang mudah untuk membuat pembayaran dengan proses kelulusan yang cepat dan kadar yang rendah. Anda cuma perlu membuat pembayaran apabila sampai tempoh pembayaran kad kredit anda seperti biasa. Bergantung juga pada polisi kad kredit anda, anda berkemungkinan boleh menangguhkan bayaran tanpa dikenakan sebarang kadar faedah sehingga 55 hari.

3. Pembayaran Boleh Dibahagikan kepada Beberapa Bahagian Bayaran

Sesetengah peniaga tidak memberi fleksibiliti untuk membahagikan pembayaran kepada beberapa jenis kad perbankan. Namun dengan ipaymy, anda boleh membahagikan pembayaran anda kepada beberapa kad dan penerima bayaran akan menerima jumlah keseluruhannya secara sekaligus tanpa sebarang masalah.

4. Menjadualkan Pembayaran

Kini anda tidak perlu risau tentang terlupa membayar sewa rumah dan sebagainya yang seterusnya membuatkan anda perlu membayar penalti kerana kelewatan membuat pembayaran. Melalui ipaymy anda boleh menjadualkan pembayaran dan penerima akan mendapat bayaran dalam masa seawal 4 hari bekerja.

5. Menghantar Invois Digital Kepada Pembayar

Ciri ini boleh digunakan untuk akaun perniagaan, dimana syarikat boleh mengeluarkan dan memuat naik invois digital kepada pembayar melalui emel atau juga SMS. Pembayar seterusnya akan diberikan pautan yang selamat untuk melakukan pembayaran menggunakan kad kredit untuk invois yang telah dihantar dan bayaran akan diterima selepas 5 hari bekerja.

Adakah ipaymy Ini Terjamin Selamat?

Anda tidak perlu risau akan isu keselamatan bagi entiti ini kerana ipaymy merupakan syarikat teknologi kewangan yang telah mematuhi piawaian keselamatan daripada Payment Card Industry Data Security Standards (PCI-DSS). Data peribadi anda yang sensitif tidak akan disimpan dan akan dilindungi oleh sistem teknologi penyulitan daripada mereka.

Teknologi pembayarannya juga telah diaudit oleh PCI Qualified Security Assessor (QSA) dan telah diiktiraf sebagai PCI Level 1 Service Provider. Pengiktirafan ini merupakan antara yang paling sukar untuk diterima bagi sesebuah syarikat daripada industri pembayaran disebabkan syaratnya yang ketat dan ipaymy adalah antara syarikat teknologi kewangan yang berjaya menerima pengiktirafan ini.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa keselamatan anda akan terjamin jika menggunakan servis daripada ipaymy ini. Namun jika anda membuat pembayaran dan penerima tidak mendapat pembayaran tepat pada waktu seperti yang dijanjikan, ipaymy menjamin untuk memulangkan caj perkhidmatan ipaymy sepenuhnya untuk transaksi yang terjejas. Transaksi anda yang seterusnya dengan jumlah yang sama juga tidak akan dikenakan caj perkhidmatan daripada ipaymy.

Kod Promo Khas Untuk Pembaca Amanz

Jadi, sekiranya anda berminat, kami ada berita baik untuk anda sekiranya anda membuat pendaftaran kali pertama ipaymy melalui Amanz. Anda berpeluang untuk menerima potongan harga bagi bayaran pertama anda melalui ipaymy. Anda hanya perlu menggunakan kod promo AMANZ150 bagi mendapatkan diskaun RM150 untuk pengguna secara individu buat kali pertama, dan AMANZ500 untuk dapatkan potongan harga RM500 bagi pengguna kali pertama yang mempunyai perniagaan. Namun, perlu diingatkan bahawa setiap kod promo hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk setiap akaun, dan ia hanya sah untuk sekali pembayaran sahaja bagi pendaftaran baru serta perlu digunakan serta merta.

Bukan itu sahaja, jika sebelum ini ipaymy mengenakan caj perkhidmatan 2.25% untuk setiap transaksi, kini mereka sedang mengadakan kempen MYSUPPORT untuk potongan harga caj perkhidmatan mereka serendah 1.5% yang akan berlangsung sehingga 30 Jun 2021 ini. Jika promosi ini telah ditamatkan, anda juga boleh menggunakan kod khas AMANZ179 untuk terus menikmati kadar caj perkhidmatan 1.79% apabila membuat transaksi. Setiap pembayaran perlulah dibuat melalui kad kredit Visa atau Mastercard daripada Malaysia. Jadi, daftar ipaymy sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan potongan harga bagi pembayaran anda!

Penafian: Advertorial daripada ipaymy Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd