Carian
Oppo A74 4G Dengan Cip Snapdragon 662 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899
May 18, 2021 Amy Maizuraa

Selepas hadir dengan varian 5G, kini giliran Oppo A74 dengan sokongan 4G pula ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Dijual pada harga RM899, terdapat beberapa perubahan kecil yang dibuat oleh Oppo padanya berbanding versi 5G – seperti cip Snapdragon 662, skrin lebih kecil dengan panel AMOLED dan pengecasan pantas 33W.

Bagi yang berminat, ia akan mula ditawarkan secara eksklusif di Lazada dan Shopee bermula 20 Mei ini. Bagaimanapun, sesi pra-tempahan telah mula dibuka dan setiap pembelian disertakan dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM179 – yang terdiri dengan Oppo Enco W11, baucar Lazada bernilai RM20 dan pembelian Oppo Enco Buds dengan potongan sehingga 50%.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A74 4G dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 X 1080 piksel). Selain itu, ia turut dipadankan dengan memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel yang diletakkan pada lubang skrin. Oppo A74 4G boleh didapati dalam beberapa warna berbeza seperti Midnight Blue dan Prism Black.

Komen