Baru sahaja memperkenalkan Realme Narzo 30, kini Realme berkongsi pula perancangan lain untuk hadir dengan penawaran peranti 5G baharu buat pengguna di Malaysia. Perkara itu dimaklumkan oleh Realme menerusi hantaran terbaharu berbentuk poster acah di Facebook rasmi.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai produk – termasuklah nama model dan spesifikasi utama secara khusus. Sebaliknya, ia sekadar berkongsi satu tarikh yang berkemungkinan besar merujuk kepada detik pengenalannya.
Tarikh yang diperlihatkan adalah pada minggu hadapan – iaitu 27 Mei 2021. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Redmi Malaysia. Sebelum terlupa, jangan lupa dapatkan Realme Narzo 30 dengan harga promosi serendah RM699 pada 20 Mei ini. Promosi terhad untuk jualan pertama sahaja menerusi Shopee.