Cari @ Amanz

Google Mempatenkan Peranti Pixel Dengan Kamera Di Bawah Skrin Yang Menggunakan Prisma

Link Copied!

Banyak maklumat menarik mengenai produk-produk Google tertiris baru-baru ini. Antara yang tidak diduga adalah siri Pixel 6, yang mana dikatakan tiada lagi versi XL tetapi digantikan dengan Pro. Bukan itu sahaja, rekaan juga berubaha secara drastik seakan bukan peranti Pixel. Selain itu, baru-baru ini Android 12 turut tertiris yang memperlihatkan rekaan serba baharu yang lebih segar dan ceria.

Terkini, Google dilihat telah mempatenkan teknologi baharu untuk peranti Pixel di masa hadapan. Ia adalah teknologi kamera di bawah skrin. Berbeza dengan kebanyakan pengeluar yang menggunakan lapisan OLED asing atau teknologi lain dengan konsep berlapis – Google dilihat menggunakan prisma.

Masih ada lapisan skrin OLED kedua di bawah skrin utama bagi menghidupkan atau mematikan Pixel untuk sensor menembusi panel skrin. Tetapi dengan menggunakan prisma atau sejenis cermin berbentuk prisma, ia boleh memantulkan cahaya menerusi ruangan bersaiz 2-3mm. Prisma ini dikatakan boleh bergerak untuk berpusing apabila kamera digunakan dan apabila tidak. Lebih menarik, Google dikatakan ingin menyembunyikan tiga sensor di bawah skrin untuk memaksimumkan sokongan nyahkunci berasaskan wajah.

Seperti Soli, paten ini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dijadikan realiti. Projek Soli pun hanya ada pada Pixel 4, kemudian pada beberapa produk Nest. Jadi berkemungkinan besar, kita tidak akan lihat kewujudan teknologi ini pada Pixel 6. Sama-sama kita nantikan.


Komen ()