Carian
Realme Bakal Hadir Dengan Penawaran Peranti Dibawah Siri “D” Tidak Lama Lagi
May 18, 2021 Amy Maizuraa

Realme merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam industri peranti pintar. Penawaran mereka juga kini tidak lagi terhad kepada penghasilan telefon semata-mata. Malah, mereka terus-menerus melebarkan sayap dengan mempelbagaikan penawaran untuk produk-produk yang lain. Ini termasuklah produk AIOT dan gaya hidup.

Dalam perkembangan terkini, Realme dilihat berkongsi perancangan untuk hadir dengan penjenamaan baharu bagi produk AIoT dan pengenalannya dijangka tidak lama lagi. Memetik ciapan dikongsi, penjenamaan tersebut dilihat bermula dengan huruf “D”, namun masih tidak jelas sama ada ianya akan menjadi penjenamaan mereka sendiri atau berkolaborasi dengan mana-mana pihak.

Berdasarkan laporan memetik sumber juga, penjenamaan ini akan mempunyai barisan produk yang tersendiri. Namun, masih belum dapat dipastikan apakah jenis produk yang bakal diperkenalkan. Difahamkan, pengumuman penuh mengenainya bakal dikongsi sekitar 25 Mei kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nanti kemaskini selanjutnya.

Komen