Apple Mac Pro Dengan Cip 40-Teras Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Mei 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain laporan berkenaan MacBook Pro baharu, kini Bloomberg turut berkongsi berkenaan dengan komputer berkuasa tinggi Apple, iaitu Mac Pro.

Seperti ramai sedia maklum, Mac Pro menggunakan cip Intel sehingga kini, dan memfokuskan kepada tugasan yang memerlukan tugasan tinggi. Dengan peralihan sepenuhnya ke cip pemprosesan Apple Silicon, siri Mac Pro juga bakal menerima pembaharuan.

Melalui apa yang dikongsikan Bloomberg, Mac Pro baharu ini dijangka hadir dengan penawaran cip sehingga 40-teras – yang gabungkan 16 teras atau 32 teras prestasi, dan gabungan empat atau lapan teras efisien. Ia juga dijangka dilengkapkan dengan sokongan grafik 64-teras atau 128-teras.

Dengan penawaran ini, ia dijangka lebih berkuasa berbanding Mac Pro yang ditawarkan pada hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami