Sokongan podcast menjadi sebab mengapa jumlah pengguna Spotify meningkat sejak setahun lalu. Pelaburan dalam syarikat seperti Anchor dan rangkaian Parcast nyata berjaya. Kini mereka akan memperkenalkan pula ciri transkripsi audio secara automatik pada kandungan podcast.
Ujian transkripsi automatik kini sedang menjalani ujian beta pada kandungan asli dan eksklusif di platform mereka. Terdapat perancangan untuk menyokong transkripsi automatik pada kesemua kandungan podcast di masa hadapan. Dengan ciri ini pengguna boleh membaca apa yang didengari (kerana kadang kala apa yang diucapkan tidak jelas) dan melompat terus ke bahagian tertentu podcast berdasarkan transkrip.
Antaramuka aplikasi Android dan iOS juga akan diberikan nafas baharu bagi memudahkan warga OKU penglihatan menggunakan aplikasi dengan lebih mudah. Pada iOS pula, saiz teks kelak akan boleh diubah di bawah pilihan acccessability.