Cari @ Amanz

Google sedia menawarkan ciri panggilan video Google Meet kepada orang ramai, membolehkan anda membuat panggilan telesidang, dan berbincang berkenaan pelbagai perkara dengan mudah.

Menariknya, bergerak kehadapan, Google kini mengumumkan mereka akan mengintegrasikan ciri panggilan video Google Meet terus ke dalam Google Docs.

Dengan integrasi ini, ia akan memudahkan anda melakukan kolaborasi, melakukan penyuntingan pada masa-nyata, selain turut berinteraksi dan membincangkannya pada waktu sama.

Ciri ini dijangka diintegrasikan pada Google Docs dan aplikasi pejabat Google yang lain dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd